Kempen Nissan Nurtures Nature untuk tingkatkan kesedaran alam sekitar

oleh SALINA JALIL|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah mengadakan kempen untuk memupuk kesedaran tentang alam sekitar menerusi siri kempen Nissan Nurtures Nature (NNN) dalam acara BODYMINDSOUL FESTIVAL™ yang berlangsung di Setia City Convention Centre mulai 29 November hingga 1 Disember 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Nissan Nurtures Nature (NNN) yang diperkenalkan sejak tahun 2018 itu bertujuan mengumpul para pelanggan dan keluarga mereka, rakan niaga, badan bukan kerajaan serta kakitangan untuk sama-sama mencipta perubahan yang positif dan bermakna buat alam sekitar serta komuniti dengan berpaksikan kepada falsafah 3R:  Reduce, Recycle dan Reconnect.

 

Pada acara BODYMINDSOUL FESTIVAL™, Nissan Nurtures Nature telah menampilkan satu siri aktiviti mesra alam dan menyeronokkan seperti penanaman herba menggunakan botol plastik kitar semula. 


Pameran Tire Ottoman pula menunjukkan bagaimana untuk menghasilkan perabot dengan menggunakan tayar terpakai. 


Selain itu, kenderaan 100% elektrik, Nissan LEAF serba baharu; kenderaan emisi sifar yang tidak mengeluarkan sebarang bahan buangan yang boleh mencemarkan alam sekitar atau mengganggu cuaca turut dipamerkan.  

 

 

BODYMINDSOUL FESTIVAL™ merupakan satu acara unik untuk meningkatkan kesedaran, penerimaan dan sayangkan diri sendiri. 

 

Visi program itu adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam jiwa manusia supaya menghormati diri sendiri, orang lain dan alam sekitar. 

 


Pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel, persembahan, pertunjukan fesyen, gerai jualan dan peluang memandu uji Nissan LEAF serba baharu turut disediakan untuk orang ramai. 
 

 

nissan

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…