Kempen MINIMISE dari MINI Malaysia tawar rebat sehingga RM22 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan musim perayaan yang bakal tiba, MINI Malaysia telah melancarkan kempen MINIMISE dengan penawaran yang menarik melibatkan model-model MINI yang terpilih, termasuk pelancaran platform tempahan digital pertama, MINI eShop.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kempen MINIMISE ini turut menawarkan kadar faedah serendah 0 peratus yang eksklusif untuk MINI Countryman Plug-in Hybrid, rebat tunai sehingga RM16 ribu dan bayaran ansuran sehingga RM5,000.

 


Model MINI Countryman Plug-in Hybrid yang dimaksudkan merupakan sebuah crossover mewah kompak yang hadir dengan sistem pacuan semua roda MINI eALL4, dan menerusi MINI Connected, informasi seperti status semasa bateri, jarak kuasa dan masa pengecasan dapat diakses secara langsung dari peranti pintar sahaja.

Para pemilik MINI Countryman Plug-in Hybrid akan turut menerima MINI Public Charging Cable, serta kad ChargeNow untuk akses pengecasan percuma selama setahun di 309 fasiliti pengecasan ChargeNow di seluruh negara.

Untuk pelbagai jenis model MINI, kempen MINIMISE ini turut menawarkan bantuan bayaran ansuran berjumlah RM3,000 sehingga RM5,000, termasuk rebat tunai bermula dari RM8 ribu sehingga RM22,000.

 


Sementara itu, MINI eShop pula merupakan platform tempahan digital pertama yang merangkumi kesemua model kenderaan MINI bagi memudahkan urusan proses tempahan dari rumah, selari dengan seruan penjarakan sosial yang dilaksakan pada ketika ini.

Tawaran kempen MINIMISE eksklusif ini bermula sekarang sehingga 30 Jun 2020 sementara stok masih ada dengan melayari https://www.mini.my/minimise dan juga MIni eShop di https://www.mini.my/MINIeShop

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sejak diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia pada 2011, MINI Countryman telah mendapat…
Berita Domestik
Pelanggan yang membuat pembelian jentera MINI baharu akan dapat menikmati kadar faedah serendah 0.…
Kereta
Ruang ekzos digunakan untuk mengisi bateri 32.6 kWh dan kerana Mini ialah sebuah kenderaan yang…