Kempen Love Local Petronas galakkan beli barangan Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) semalam telah melancarkan kempen Love Local dalam usaha untuk menyemarakkan lagi Kempen Beli Barangan Malaysia selari dengan usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, PDB mengajak rakyat Malaysia memilih jenama tempatan dengan tawaran diskaun yang istimewa dengan setiap pembelian makanan dan minuman buatan tempatan yang terpilih di Kedai Mesra bermula sekarang sehingga Februari 2021.

 


Selain daripada itu, bermula November 2020 sehingga Januari 2021, para pelanggan yang berbelanja minimum RM30 untuk bahan api atau barangan di Kedai Mesra juga boleh menikmati baucer diskaun tawaran istimewa oleh rakan kongsi dan vendor tempatan PDB.

Kempen ini juga adalah sejajar dengan program Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang telah dilaksakan lebih daripada 25 tahun, dan setakat ini PDB telah mempunyai lebih daripada 350 vendor tempatan di Kedai Mesra seluruh negara yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman.

 


Bersempena dengan pelancaran Love Local, PDB telah membawakan tujuh peniaga khas tempatan baharu iaitu Brownie Cookies (TFN Success Group), Nasi Lemak Saleha, Snek Tempatan (Industri Makanan Bistari), Kuih Tempatan Sri Talamaz (Rahmat Ventures Sdn Bhd), Jus Sparkling (The Tapping Tapir), Sambal Rindu (Far Cekap) dan Jus Jagung Hebat (AEH International Trade).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua kempen yang akan berakhir pada 31 Disember ini menawarkan penjimatan sehingga RM93,000…
Berita Domestik
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang keahlian BHPetrol eCards dan sah bermula 1 Mac hingga 30…
Berita Global
Menerusi projek ini, AC Schnitzer mahu membuktikan tidak mustahil untuk melakukan modifikasi…