Kempen Kesihatan Mental Lelaki - The Distinguished Gentlemen's Drive Kuala Lumpur 2021

oleh Arahman Crew|
The Distinguished Gentlemen's Drive merupakan acara kereta klasik pra-1980 bagi mengumpul dana untuk penyelidikan serta hebahan kepada orang ramai tentang kanser prostat dan kesihatan mental lelaki. Progam amal ini diadakan serentak di pelbagai negara dan merupakan pertama di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengasas Gentlemen's Drive  telah memberikan kepercayaan kepada Encik Zaidi Masri (jd.doplohtiga) di atas kriteria sebagai pengumpul kereta klasik tegar untuk mengendalikan The Distinguished Gentlemen's Drive Kuala Lumpur 2021 (DGDKL).

Antara kereta klasik yang mengambil bahagian; Ford Mustang GT390 1968, Cadillac Coupe deVille 1959, Chevy El Camino 1976, Ford Mustang Coupe 1968, VW Beetle 1965, Volvo 123 GT, Nissan 260Z, Porsche 911SC 1979, Alfa Romeo Spider, Mercedes 190SL, Ford Escort dan banyak lagi.

Komuniti yang hadir adalah; Art Of Speed Malaysia, Retro Havoc Malaysia, M.U.S.C.L.E (Malaysian US Cars Lifestyle Enthusiast), Tryharder, Faroib Autosport, Hadri AE86 World Tour, serta saudara Wak Doyok selaku Ikon Belia.

Penaja lokasi dan makanan : doplohtiga

Berita Berkenaan

Berita Global
Jadi, berdasarkan kondisi yang masih lagi cemerlang macam baru keluar kilang, adalah tidak…
Berita Global
Menurut bos Polo Storico Paolo Gabrielli ketika ditemubual CAN Luxury menjelaskan, "Kenderaan yang…
Berita Global
Bagi sesetengah pihak, ia merupakan salah satu inisiatif bagi anda yang mahukan sebuah kereta…