Kempen hujung tahun Hyundai - rebat sampai RM15,000 + aksesori percuma!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kepada yang sedang meninjau kereta baharu, ini ada tawaran lumayan dari Hyundai-Sime Darby Motors. Pelbagai model yang ditawarkan di bawah kempen Bonanza Hujung Tahun Hyundai ini seperti sedan Elantra, IONIQ Hybrid, SUV tujuh tempat duduk Santa Fe dan Tucson.

Jika ada yang berkenan, kami senaraikan jumlah rebat dan jenis model seperti di bawah:
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
  1. Hyundai Elantra
04-TRP-Hyundai-elantra

 

Sedan Hyundai sememangnya bergaya. Model baharu ini dikuasakan enjin 2.0L Nu dengan transmisi enam kelajuan automatik.

Bahagian luaran keihatan bergaya dengan garisan tajam diapit oleh Lampu Nyalaan Siang (DRL). Paling menarik perhatian ialah lampu depan dan belakang yang sangat bergaya.

Bahagian dalam pula dilengkapi Sistem Infohibur dengan Skrin Sesentuh tujuh inci dengan fungsi Apple CarPlay & Android Auto.

 

05-TRP-Hyundai-elantra

 

Untuk pemanduan, ada tiga mod iaitu Eco, Normal, Sport dan Smart. Mod Smart ini begitu canggih iaitu dengan menukar salah satu tiga mod secara automatik bergantung kepada keadaan jalan dan pemanduan.

Harga Hyundai Elantra ialah RM109,888 manakala rebat dan aksesori yang ditawarkan sehingga RM15,000!

  1. Hyundai Tucson

 

Hyundai Tucson

 

Kepada peminat dan mencari SUV pertama, Hyundai menawarkan rebat dan aksesori sehingga RM14,000 untuk Tucson.

SUV ini dilengkapi enjin canggih dan berkuasa iaitu 1.6 Turbo GDI dengan output 177 ps dan tork 265 Nm. Ia dipadankan bersama transmisi tujuh kelajuan berkembar.

Satu lagi pilihan enjin ialah 2.0 berkuasa 155 ps dan tork 192 Nm yang dipadankan bersama transmisi enam kelajuan automatik.

 

Hyundai Tucson

 

Jika diperhatikan sekarang ini SUV adalah kenderaan yang begitu popular. Memiliki SUV adalah pilihan praktikal dengan pelbagai fungsi termasuk keselesaan untuk pemandu dan penumpang.

Lebih memudahkan apabila Tucson dilengkapi Smart Power Tailgate System dengan hanya satu sentuhan butang untuk membuka dan menutup pintu. Apabila nak memasukkan barang di belakang tak perlu susah-susah buka di pintu.

Harga Hyundai Tucson bermula dari RM123,888 hingga RM143,888.

  1. Hyundai Santa Fe

 

Hyundai Santa Fe

Jika mahukan SUV lebih besar, Santa Fe dengan tujuh tempat duduk ini adalah pilihan yang baik. Santa Fe bukan sebuah SUV biasa kerana ia berada dalam segmen premium.

Kemasan tampak premium dengan pemilihan material mewah dan dilengkapi pelbagai fungsi seperti Pengecasan Telefon Tanpa Wayar, Pengesanan Titik buta, penyaman udara ioniser dan sebagainya bergantung kepada varian.

HSDM menawarkan dua pilihan enjin dan pacuan iaitu 2.4 MPi 2WD petrol berkuasa 172 ps dan tork 225 Nm dan 2.2 CRDi AWD diesel berkuasa 193 ps dan tork 440 Nm.

 

Hyundai Santa Fe

 

Enjin petrol Theta II dipadankan bersama transmisi enam kelajuan automatik. Enjin 2.2 R CRDi diesel pula dipadankan dengan transmisi baharu lapan kelajuan automatik dengan pacuan canggih AWD HTRAC. 

Pengguna yang mahukan SUV berkuasa tinggi dengan saiz lebih besar boleh mendapatkan Santa Fe dengan rebat sehingga RM8,000.

  1. IONIQ Hybrid
Hyundai IONIQ

Selain sedan yang cantik dan SUV berkuasa, HSDM turut menawarkan model mesra alam IONIQ Hybrid.

Model ini bukan setakat jimat bahan api tetapi mempunyai sistem keselamatan canggih dikenali sebagai Hyundai SmartSense. Di antara fungsi yang dibekalkan ialah pengesanan titik buta, brek kecemasan autonomi, pengekalan laluan dan kawalan jelajah adaptif.

 

Hyundai IONIQ

 

Turut memudahkan pemandu atau penumpang dalam urusan harian ialah Sistem Pengecasan Telefon Tanpa Wayar.

Dari segi penggunaan bahan api, sistem hibrid dan gabungan enjin 1.6 liter menggunakan setangki penuh minyak untuk purata jarak pemanduan 900 hingga 1000 kilometer.

 

Hyundai IONIQ

 

Kepada mereka yang ingin mencuba sebuah hatchback dengan teknologi hibrid, Ioniq boleh dimiliki dengan rebat dan aksesori sehingga RM10,000.

Selain rekabentuk menawan dan teknologi canggih, kesemua kereta di atas dibina menggunakan Advance High Strength Steel dari kilang besi milik Hyundai. Penggunaan bahan tersebut menjadikan kereta lebih ringan dan kuat seterusnya memberi perlindungan untuk pemandu dan penumpang.

Kempen Bonanza Hujung Tahun Hyundai bermula sekarang sehingga 31Disember 2019 dan ini merupakan tawaran terbaik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…