Kempen Ekstra KM Belanja Shell - tebus ganjaran guna matawang kilometer!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan musim perayaan yang bakal tiba, Shell Malaysia melancarkan kempen 'Ektra KM Belanja' bagi membolehkan rakyat Malaysia khususnya pengguna Shell menikmati snek kegemaran ketika dalam perjalanan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ekstra KM Belanja merupakan kempen pertama seumpamanya yang membolehkan pelanggan menggunakan jarak perjalanan kilometer sebagai matawang untuk pembelian bahan api, atau mana-mana barang Shell SELECT, deli2go, atau Shell Lubricants.
 

Shell


Kempen Ekstra KM Belanja ini bermula dari 1 Mei hingga 30 Jun 2022, di mana pelanggan hanya perlu membuat pengisian Shell FuelSave 95 bernilai RM40, atau mengumpul perjalanan sejauh 390 km menggunakan Shell V-Power atau Shell V-Power Racing.

Setelah itu, mereka hanya perlu mengimbas kod QR, memuat naik resit pembelian ke laman mikro Ekstra KM Belanja untuk menebus ganjaran serta-merta termasuklah Maggi Hot Cup, Nescafe, pastri segar, atau bermacam-macam lagi barangan dari Shell SELECT, deli2go serta Shell Lubricants.
 

Shell


Lebih banyak pembelian bahan api dibuat, lebih KM akan diberikan kepada pengguna, dan sebagai bonus 40 orang pelanggan bertuah berpeluang untuk memenangi bekalan bahan api percuma selama satu tahun daripada Shell.

Tempoh tebusan hanya sah sehingga 10 Julai 2022.

Sepanjang bulan Mei ini, Shell turut menawarkan pelbagai jenis makanan panas dan segar deli2go yang boleh ditebus menggunakan KM yang terkumpul.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Shell Café menyediakan menu minuman menggunakan biji kopi gabungan Arabica dan Liberica, seperti…
Berita Domestik
Menurut Seow Lee Ming, Pengurus Besar Shell Mobility Malaysia, penggunaan masih ada tetapi kadar…
Berita Domestik
Dengan kerjasama ini, pelanggan tidak perlu risau untuk menghantar kenderaan mereka di Pusat Servis…