Kempen "2020 Starts Now" Honda Malaysia tawar promosi menarik - rebat sehingga RM10k!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2019 telah melabuhkan tirainya dan Jenama Non-Nasional nombor satu di Malaysia, Honda telah berjaya mencatatkan rekod jualan melebihi angka 78,000 unit untuk tempoh Januari-November 2019.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain mengekalkan status jenama nombor satu, sedan segmen B Honda City turut berjaya menduduki tangga teratas dengan penguasaan 36 peratus daripada jumlah jualan, diikuti dengan Honda HR-V (19%) dan Honda CR-V (14%).

Untuk meneruskan momentum ini, Honda Malaysia ingin mengajak semua rakyat Malaysia untuk meraikan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi dengan kempen terbaharu "2020 Starts Now". 

Kempen "2020 Starts Now" ini menawarkan ganjaran sehingga tiga kali ganda bernilai sehingga RM10,000 Prosperity Rebate, Bonus Ekstra RM888 serta Hadiah Eksklusif. 

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mendaftarkan kenderaan Honda (Jazz, Jazz Hybrid, City, City Hybrid, HR-V, HR-V Hybrid, BR-V, CR-V dan Odyssey) baharu dalam tempoh bermula 1 Januari sehingga 31 Januari 2020.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen "2020 Starts Now" atau bagi mereka yang ingin memandu uji mana-mana kenderaan Honda, anda boleh melayari www.honda.com.my atau talian bebas tol 1-800-88-2020. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, Naza Kia melancarkan kempen 'More Ong, More Huat' di mana…
Berita Domestik
Kadar faedah rendah 0.88 peratus ini boleh didapati menerusi Maybank atau Public Bank sahaja dan…