Menurut laporan daripada rakan media negara jiran Autonetmagz, Menteri Perindustrian Agus Gumiwang menyebut "untuk membekalkan ventilator, sebuah prototaip akan dibuat supaya ia mampu diproduksikan menerusi kerjasama antara industri automotif dan juga industri pembuatan komponen.
Kerajaan Indonesia juga telah mengusulkan rangsangan ekonomi kedua dalam bentuk pengecualian cukai import terhadap bahan mentah industri serta menjamin ketersediaan bekalan makanan strategik.
Pun begitu, tidak banyak informasi lanjut berkenaan jenama automotif yang bakal bergandung bahu untuk memproduksikan ventilator di sana.
Di Indonesia, terdapat beberapa jenama automotif yang memiliki kapasiti produksi yang cukup besar bagi membantu kerajaan seperti Toyota, Daihatsu, Mitsubishi, Honda, Wuling dan juga DFSK.
Melihatkan kepada keadaan semasa, tidak mustahil permintaan terhadap peralatan perubatan seperti ventilator, alat pelindung diri, topeng muka dan sebagainya bakal naik dengan mendadak.
Sumber: Autonetmagz