Kementerian Pengangkutan Tinjau Peraturan Keselamatan Kenderaan PBB Untuk Malaysia

oleh Qalif Latif|
Kementerian Pengangkutan kini sedang meneliti beberapa keperluan keselamatan kenderaan antarabangsa yang dicadangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk dilaksanakan di Malaysia.

Menurut kenyataan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diberikan mandat untuk menilai sama ada piawaian keselamatan berkenaan sesuai digunakan dalam konteks tempatan.

Antara regulasi PBB yang sedang dipertimbangkan termasuk:

  • UN R139: Sistem bantuan brek (brake assist system)

  • UN R151: Sistem maklumat titik buta (blind spot information system) untuk mengesan penunggang basikal

  • UN R157: Automated Lane Keeping System (ALKS)

  • UN R166: Kesedaran pemandu terhadap pengguna jalan raya rentan (vulnerable road users) di bahagian hadapan dan sisi kenderaan

Piawaian ini dilihat penting dalam usaha meningkatkan keselamatan, terutamanya melibatkan kenderaan berat yang sering menjadi kebimbangan di jalan raya.

Perkara ini timbul selepas Ahli Parlimen Merbok, Mohd Nazri Abu Hassan (PN), bertanya sama ada teknologi keselamatan terkini akan diwajibkan pada semua kenderaan berat susulan peningkatan kes kemalangan membabitkan kategori itu.

Sumber: The Star

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Dalam pertemuan Disember lalu, kami telah mencadangkan kepada pihak KDN untuk meminda undang-…
Berita Domestik
Garis panduan elak kekeliruan penggunaan kenderaan Menurut MOT, garis panduan ini diperkenalkan…
Berita Domestik
Sebelum ini, katanya, beliau turut menerima pelbagai aduan termasuk daripada pengusaha lori tentang…