Kementerian Pengangkutan - syarikat e-hailing tanpa LPP sah diambil tindakan undang-undang

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Sebuah syarikat pengendali e-hailing akan dikenakan tindakan undang-undang selepas dikesan gagal mematuhi kriteria bagi memperbaharui lesen perniagaan pengantaraan (LPP) seperti yang termaktub di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, sehingga kini, syarikat berkenaan didapati masih gagal memaparkan Permit Kenderaan e-hailing (eVP) pemandu.

 

Menurutnya, syarikat itu juga gagal untuk membenarkan penumpang mengenal pasti pemandu mereka menerusi aplikasi perkhidmatannya seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 12A(8) Akta 715.

 

“Ini adalah satu pelanggaran serius terhadap pematuhan yang diperlukan terhadap keselamatan dan perlindungan penumpang apabila menggunakan mana-mana aplikasi e-hailing.

 

“Oleh yang demikian, syarikat terbabit tidak dibenarkan memperbaharui LPP mereka yang telah pun luput pada 14 Julai 2022,” katanya.

 

Tambah MOT, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), yang bertanggungjawab mengeluarkan LPP kepada syarikat e-hailing, telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat tersebut pada 18 Ogos 2022.

 

Jelasnya lagi, individu yang mengendalikan perkhidmatan e-hailing tanpa LPP yang sah boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

 

MOT mengingatkan kepada pemandu yang menggunakan aplikasi sedemikian supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan mana-mana pengendali e-hailing untuk mengelakkan sebarang liabiliti yang tidak diingini. 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Domestik
Malah, ada juga warga tempatan yang turut terlibat dalam aktiviti kereta sapu ini. Pemeriksaan…
Berita Domestik
Setiausahanya, Asad Hanapi berkata, antara inisiatif yang diharapkan adalah pelaksanaan…