Kementerian Pengangkutan ambil alih industri p-hailing secara rasmi

oleh HEZERI SAMSURI|
Kementerian Pengangkutan akan mengambil-alih pemantauan industri p-hailing termasuk penghantaran makanan dan barang-barang bagi memastikan kualiti perkhidmatan dan penyeliaan terjamin.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, kementerian tersebut sudah mula memantau industri e-hailing sejak 2019 tetapi ia tidak termasuk perkhidmatan p-hailing.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kabinet telah membenarkan Kementerian Pengangkutan dan agensinya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Badan Perlesenan Kenderaan Komersil Sabah dan Sarawak untuk menyelia indistri penghantaran barang-barang, terutama yang menggunakan motosikal (p-hailing).

Bagi memudahkan tujuan tersebut, Kabinet telah bersetuju perubahan dilakukan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Badan Perlesenan Kenderaan Komersil Akta 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Pindaan kepada semua akta-akta itu akan dibentangkan dalam mesyuarat parlimen yang akan datang.

Antara pindaan itu ialah cadangan undang-undang perlesenan baharu yang memastikan ada perlindungan insurans kepada penunggang dan pemandu dalam industri tersebut.

Jumaat lalu, penunggang p-hailing negara melakukan mogok sehari sebagai tanda protes tentang harga upah yang rendah dan juga masalah-masalah lain.

*Laporan asal dari The Star.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbullah, sistem HS WIM itu boleh beroperasi…
Berita Domestik
Namun, pemenang lesen bagi kad orang kelainan upaya (OKU) masih tertakluk syarat ditetapkan Jabatan…