Kembar D55L, Daihatsu Rocky 'mendarat' di Indonesia - pelancaran dalam masa terdekat?

oleh Mohamad Hanif|
Kurang beberapa bulan sahaja lagi sebelum tahun 2020 yang penuh dugaan ini melabuhkan tirai, di negara jiran timbul lagi satu perkara menarik yang sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh para peminat Daihatsu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada rakan media negara jiran Autonetmagz, kelibat model ujian yang dipercayai Daihatsu Rocky dipercayai sedang diuji oleh pihak Astra Daihatsu Motor baru-baru ini.

Walaupun bahagian belakang sarat dengan pelekat samaran bagi mengaburi pandangan umum, namun berdasarkan pengamatan terhadap profil sisi tidak syak lagi pihak Daihatsu Indonesia sedang menguji model Rocky untuk pasaran tersebut.

 


Sebagai makluman, Daihatsu Rocky dibangunkan berdasarkan platform DNGA (Daihatsu New Global Architecture) dan bakal hadir dalam versi Toyota (Raize) dan Perodua (kod nama D55L).

Enjin yang digunakan adalah nadi tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo dengan kod nama 1KR-VET yang menghasilkan 98 PS dan 140 Nm, dipadankan dengan unit transmisi D-CVT, seperti yang pernah diuji pada tahun lalu menerusi model Daihatsu Tanto (Indonesia) dan Daihatsu Thor (Malaysia).

Gandingan kedua-dua unit enjin dan transmisi tersebut memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api serendah 5.4 liter/100 km.

Baca: Perodua D55L sah guna enjin 1.0 liter turbo!

Baca: Toyota Raize/Daihatsu Rocky raih lima bintang JNCAP

Adakah ini bermakna pelancaran model tersebut dalam masa terdekat?
 


Untuk pasaran Indonesia, tiada sebarang informasi lanjut, namun sebelum ini pihak Perodua dalam satu kenyataan media telah pun mengesahkan model terbaharu mereka D55L tidak akan membuat kemunculan pada tahun ini.

Menurut Presiden dan CEO Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, "Disebabkan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan, kami harus menilai kembali perancangan asal, dan buat masa ini, kami tidak akan melancarkan model baharu dalam tempoh terdekat.

Kesan daripada pengumuman pengecualian cukai jualan oleh kerajaan baru-baru ini menyaksikan peningkatan permintaan terhadap model-model semasa Perodua, di mana syarikat Rawang tersebut terpaksa beroperasi pada kadar 98-99 peratus daripada kapasiti asal, atau kira-kira 25,000 unit sebulan.

Pada ketika ini, tempoh menunggu bagi kenderaan Perodua adalah lebih daripada dua bulan.

 


Melihatkan kepada kehadiran model Rocky ini di pasaran seberang, berkemungkinan besar dalam masa beberapa minggu akan datang, kelibat-kelibat spyshot model D55L akan muncul di media sosial.

Sumber: Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…
Berita Global
Diposisikan di bawah model HR-V, Honda WR-V 2023 tidak lagi merupakan sebuah crossover hatchback…
Berita Global
Namun, sebelum pelancaran rasmi dibuat pada bulan November ini, maklumat berkenaan trenkuasa baharu…