Kembar City Sedan & Hatchback vs Yaris, Jazz (dan bonus GR Yaris!)

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang akhir tahun 2020, segmen kenderaan marhaen menyaksikan kelahiran sebuah model hatchback terbaharu dilancarkan di Thailand yang bertindak sebagai kembar kepada sedan segmen B, Honda City generasi kelima.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin tidak ramai yang tahu, akan tetapi Honda City hatchback sebenarnya merupakan model pengganti bagi hatchback Jazz/Fit yang kini hanya dikhususkan penjualannya untuk pasaran seperti Jepun dan Eropah.

Menurut sumber yang dipercayai, difahamkan pihak Honda Malaysia sedang mempersiapkan diri untuk membawa masuk City hatchback dalam masa terdekat.
 

city hatchback


Jika di dalam artikel yang lepas, kami telah pun membandingkan City sedan bersama kembarnya City hatchback, kali ini kami akan membuat perbandingan antara kedua model tersebut dengan Jazz generasi baharu, Yaris facelift, serta model bonus hot hatch GR Yaris yang baharu sahaja dilancarkan.

Dimensi


Seperti yang kita semua maklum, Malaysia merupakan antara negara yang tidak terpilih untuk menerima generasi baharu Honda Jazz, sebaliknya mendapat Honda City hatchback.

Namun, ada baiknya model hatchback tersebut tidak membuat kemunculan rasmi, memandangkan jika dibuat perbandingan dengan City hatchback, ternyata kelebihan banyak berpihak kepada model yang baharu dilancarkan tersebut.
 

carta perbandingan


Atas kertas, City hatchback jelas mempunyai kelebihan dari segi dimensi panjang (4,345 mm vs 3,995 mm pada Jazz) dan lebih lebar (1,748 mm vs 1,694 mm pada Jazz) dan jarak antara roda juga lebih panjang!

Ini sekaligus diterjemahkan kepada ruang kabin Honda City hatchback yang jauh lebih besar dan lebih selesa jika dibandingkan dengan Jazz generasi baharu yang memiliki dimensi panjang yang sama seperti GR Yaris.

Jika dilihat pada model pesaing rapat, Toyota Yaris nampaknya kalah dari segi persaingan dimensi.


Ruang kargo


Jika kita sekadar membandingkan saiz ruang kargo semata-mata, sudah terang dan nyata Honda City sedan mempunyai kelebihan di sini, 519 liter sudah tersedia di bahagian belakang tanpa perlu melipat tempat duduk baris kedua.

Namun, harus diingat tipikal sebuah hatchback mempunyai keupayaan yang tidak dimiliki oleh sedan - bukaan pintu belakang yang lebih besar untuk memuatkan barangan dengan lebih mudah, serta konfigurasi susunan ruang yang berbeza.
 

kargo


Seperti yang dipertunjukkan pada Honda City hatchback, anda boleh mendapatkan sehingga empat susunan barangan  yang berbeza, iaitu utility, long, tall, refresh - mengikut keperluan pengguna.

Selain daripada itu, Honda City hatchback juga mewarisi ciri yang pernah didapati pada Jazz sebelum ini, iaitu Ultra Seats di baris kedua yang memudahkan anda meletakkan barangan di belakang tempat pemandu.

Bagi mereka yang tidak kisah akan ruang barangan, dan lebih mementingkan prestasi - pilih Toyota GR Yaris. Senang cerita.
 

Enjin


Di Thailand, penawaran enjin Honda City hatchback adalah kesinambungan terhadap apa yang ditawarkan pada City sedan sebelum ini, iaitu enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo bagi memenuhi regulasi kelas Eco Car Phase II.

Selain daripada sesaran kecil, ternyata enjin turbo memiliki kelebihan yang tersendiri berbanding dengan enjin 1.5 liter empat silinder sebaris NA yang digunakan di Malaysia pada ketika ini.

Selain daripada daya kilas yang jauh lebih besar, penggunaan enjin turbo pada City hatchback (Thailand) sememangnya menyumbang kepada penjimatan kadar penggunaan bahan api yang lebih baik berbanding enjin NA, iaitu 4.2 liter untuk setiap 100 km.
 

CIty engine


Kami menjangkakan nadi 1.5 liter yang sama akan terus digunakan pada penawaran City hatchback kelak.

Walaupun memiliki sesaran yang hampir serupa, nadi 1.5 liter pada Honda City ternyata lebih berkuasa berbanding enjin 2NR-FE Toyota Yaris dan penggunaan bahan api juga nampaknya jauh lebih menjimatkan.
 

Ciri kemudahan lain


Antara perkara yang menjadi keutamaan pada masa kini adalah sistem infotainmen yang mampu menyokong sambungan kepada peranti pintar, khususnya Android Auto dan Apple CarPlay.

Mujur juga kebanyakan pengeluar macam Honda dan Toyota kini menawarkan sistem tersebut pada kebanyakan model baharu mereka sebagai ciri standard.
 

infotainmen City


Untuk pasaran Malaysia, Honda City sedan datang dengan skrin paparan bersaiz lapan inci, manakala Toyota Yaris (dan kembarnya Vios) memiliki skrin infotainmen bersaiz 7 inci.

Paling penting, kebanyakan model di dalam segmen B kini sudah pun menampilkan ciri keselamatan yang sebelum ini hanya pada model yang lebih mahal.

Seperti contoh, Toyota Yaris kini dilengkapi dengan ciri seperti Sistem Pra-Pelanggaran, Amaran Keluar Laluan, Amaran Titik Buta serta Amaran Lintasan Trafik Belakang.
 

lanewatch


Antara kelebihan yang ada pada Honda City generasi baharu adalah kelengkapan Honda Lanewatch dan Honda SENSING yang merangkumi ciri seperti:

  • Kawalan Pemanduan Adaptif (ACC)
  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS)
  • Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Laluan (LKAS)
  • Sistem Mitigasi Keluar Laluan (RDM)
  • Amaran Keluar Laluan (LDW)
  • Lampu Suluhan Tinggi Automatik (AHB)

Ini merupakan satu persaingan yang kami kira cukup sihat bagi memastikan model-model kereta marhaen juga mampu memiliki tahap keselamatan yang menyeluruh, pokok pangkalnya terletak sendiri di tangan pemandu.

Jadi, antara model yang kami paparkan ini, yang mana satu idaman hati?

Ataupun anda sememangnya golongan sasaran Toyota GR Yaris?

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Dalam keterujaan dan keseronokan, penulis juga berasa sedikit gementar kerana ini adalah pengalaman…
Kereta
  Beberapa minggu yang lalu, Careta telah ke Desaru untuk menguji sendiri Proton X50 yang…