Kembar Axia, Toyota Agya facelift 2020 nampak mengancam!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah Perodua Axia, hatchback segmen A yang popular di Malaysia menerima kemaskini facelift pada tahun lalu, kini tiba pula giliran kembarnya di Indonesia, Toyota Agya untuk memperlihatkan kemaskini yang serupa untuk tahun 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Syarikat PT Toyota Astra Motor dilaporkan akan melancarkan model facelift tersebut dalam masa terdekat apabila tempahan sudah pun boleh dibuat di beberapa buah pengedar di negara tersebut. 
 


Terima kasih kepada laman automotif negara jiran, GridOto.com, kita boleh menyaksikan beberapa butiran yang lebih terperinci berkenaan Agya facelift 2020. 

Dimulakan di bahagian muka Toyota Agya, rekaan bumper yang lebih agresif dibawakan dan boleh kami katakan gril berbentuk trapezium itu dipinjamkan daripada saudaranya di Jepun, Toyota Raize. 
 


Selain daripada kit badan keliling, Agya facelift ini juga menampilkan spoiler belakang yang diwarnakan hitam, besar kemungkinan ini merupakan varian yang lebih tinggi (TRD-S). 

Satu perkara yang menarik perhatian adalah rekaan lampu belakang Toyota Agya facelift 2020 kini memabawakan bentuk L berkembar, di mana L yang lebih kecil berkemungkinan membawakan fungsi reflektor. 
 


Rekabentuk papan pemuka juga membawakan rekaan yang lebih kurang serupa, namun didatangkan dengan ciri moden seperti butang pandu mula/berhenti, sistem pendingin hawa digital dan sistem infotainmen jenis skrin sentuh. 

Difahamkan, menurut GridOto, Agya facelift 2020 merupakan model pertama di bawah kelas Low Cost Green Car (LCGC) yang membawakan ciri butang pandu mula/berhenti. 

Toyota Agya facelift akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Mac 2020. 

 


Sumber: GridOto

Berita Berkenaan

Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…
Pelancaran Motosikal
Sedikit berbeza dengan model Alva One yang terdahulu, versi kemas kini terbaharu ini tampil dengan…