Kembar Axia dilancarkan dengan trim GR Sport di Indonesia - dari RM45 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Toyota Indonesia telah pun mengumumkan penjenamaan semula varian sporti TRD Sportivo kepada GR Sport yang merangkumi setiap model TRD Sportivo yang ditawarkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model terkecil yang dijual, iaitu Toyota Agya (Perodua Axia) turut dilancarkan dengan varian GR Sport di mana ia merangkumi kemaskini bersifat kosmetik semata-mata.
 

Agya GR Sport


Selain daripada lencana GR Sport yang boleh dilihat merata tempat, Toyota Agya GR Sport juga turut didatangkan dengan kemasan spoiler pada bampar hadapan, spoiler bampar belakang, penambahan spoiler bumbung, skirt sisi, serta rim aloi bersaiz 14 inci rekaan baharu.

Tiada sebarang peningkatan kuasa, sebaliknya Toyota Agya masih lagi kekal dengan penggunaan enjin empat silinder sebaris 1.2 liter yang menghasilkan 88 PS dan 108 Nm yang memacu roda hadapan menerusi kotak gear manual atau automatik.
 

Agya GR Sport


Harga jualan untuk model Agya GR Sport bermula dari 154.5 juta Rupiah (RM45 ribu) untuk transmisi manual sehingga 170.4 juta Rupiah (RM50 ribu).