Kembar AMG A 45 & CLA 45 dilancarkan - varian S paling berkuasa, 415 hp, 500 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah sekian lama menerjah internet dalam keadaan dibalut oleh pelekat samaran, akhirnya Mercedes-Benz memperkenalkan secara rasmi hot hatch Mercedes-AMG A 45 pada acara Goodwood Festival of Speed tahun ini. 

Tidak dilupakan, CLA 45 juga turut sama membuat kemunculan rasmi dan tidak seperti generasi keluarga 45 sebelum ini, kedua-dua A 45 dan CLA 45 didatangkan dengan versi 'S' - menawarkan lebih kuasa dan lebih opsyen kepada pembeli. 
 


Tidak ada rekaan gril yang lebih mengancam rupanya melainkan gril Panamericana AMG yang didatangkan khusus buat A 45 dan CLA 45 ini. 

Dengan rekaan bumper yang serba jahat di bahagian hadapan, ia disusuli dengan penambahan spoiler bumbung untuk A 45 dan spoiler trunk untuk CLA 45 dan sistem ekzos empat tip di bahagian belakang.
 


Varian asas A 45 dan CLA 45 ditawarkan dengan rim aloi bersaiz 18 inci manakala varian S pula menerima rim yang lebih besar bersaiz 19 inci. 

Dan seperti mana yang kita semua maklum, keluarga AMG 45 kini didatangkan dengan enjin M139 empat silinder sebaris 2.0 liter generasi baharu. 
 


Dua talaan yang berbeza ditawarkan, di mana varian asas mampu menghamburkan 382 kuasa kuda dan 480 Nm daya kilas, manakala varian A 45 S dan CLA 45 S pula menawarkan kuasa penuh 416 kuasa kuda dan 500 Nm!

Kesemua varian digandingkan dengan transmisi automatik klac berkembar lapan nisbah kelajuan  dan sistem pacuan 4MATIC+. 
 


Dari segi prestasi, A 45 S lebih pantas 0.1 saat dalam pecutan 0-100 km/j berbanding A 45 (4.0 saat), dan disebabkan CLA 45 dan CLA 45 S sedikit berat, varian S mampu mencapai 4.0 saat, 0.1 saat lebih pantas berbanding CLA 45.

Akan tetapi, kelajuan maksimum masih dihadkan kepada 250 km/j secara elektronik dan boleh dinaikkan kepada 270 km/j dengan opsyen AMG Driver's Package. 
 


Seperti yang diwar-warkan, kedua-dua varian S menerima ciri Drift Mode sebagai standard dan opsyen untuk varian asas. 

Ia boleh diakses menerusi mod Race yang terdapat dalam menu, mematikan ESP dan menukar transmisi kepada mod manual. 

Tidak sabar untuk melihat 'kembar' AMG 45 ini mendarat di pasaran Malaysia, lengkap dengan enjin empat silinder paling berkuasa di dunia untuk kategori kereta produksi massa. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…
Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…