Kematian tiga remaja, pemandu Honda Jazz bakal didakwa

oleh Penyumbang Rencana|
foto kemalangan 6 Mac lalu
Pemandu Honda Jazz yang disyaki melanggar lampu isyarat merah sehingga mengakibatkan tiga remaja maut di Persiaran Senawang, di Seremban, 6 Mac lalu, masih dirawat di hospital.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata, pemandu berusia 18 tahun berkenaan dijangka akan dibenarkan keluar dari wad dalam masa terdekat.

"Kami masih belum berkesempatan ambil keterangan pemandu Honda Jazz terbabit kerana dia masih dirawat di hospital.

"Sebaik saja dia dibenarkan keluar nanti, kami akan jalankan siasatan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, ia termasuk cuba mendapatkan arahan tuduh di mahkamah dengan segera.

Tambahnya, ibu kepada pemandu berkenaan sudah pun dituduh di mahkamah sebelum ini, namun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membenarkan anak memandu tanpa lesen.

Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu remaja lelaki itu bersama seorang penumpang dari arah Senawang menuju ke Paroi, gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat merah dan melanggar Modenas Kriss, yang ditunggangi dua pelajar lelaki berusia 15 dan 16 tahun serta sebuah Honda Vario.

Empat hari kemudian, seorang lagi mangsa yang parah dalam kejadian itu meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Global
Rekaan Luaran Berwajah Baharu, Pendekatan Gaya EV Perubahan paling ketara dapat dilihat pada…
Berita Domestik
Mahkamah kemudian menetapkan 10 September depan sebagai tarikh baharu keputusan representasi.…
Berita Global
Perincian Perubahan pada FIT CROSSTAR     Beberapa perubahan spesifik telah dilakukan pada…