KEMASKINI: Plaza Tol Sungai Besi di Lebuhraya PLUS alami penurunan harga 80 sen

oleh HEZERI SAMSURI|
Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan di dalam siaran akhbar mereka tadi bahawa bermula esok 1 Jun 2018, konsesi bagi jajaran Kuala Lumpur - Seremban Expressway dan Salak Expressway yang dahulunya dikenali sebagai sebahagian dari Jajahan Lebuhraya Metramac telah tamat kontraknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna semua bayaran laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi di Lebuhraya PLUS akan dikurangkan untuk semua kelas kenderaan.

Secara ringkas, pengurangan harga tol untuk semua kenderaan yang melalui Plaza Tol Sungai Besi (hala Utara atau Selatan) ialah seperti berikut:

  • RM0.80 bagi Kelas 1; 
  • RM1.20 (Kelas 2), 
  • RM1.70 (Kelas 3), 
  • RM0.40 (Kelas 4)
  • RM0.60 (Kelas 5) 

Namun begitu, sekiranya pengguna dari Selatan keluar dari mana-mana tol selain Plaza Tol Sungai Besi, ia tidak akan membabitkan sebarang penurunan kerana hanya plaza tol itu sahaja yang sebelum ini mengenakan caj RM0.80 oleh Metramac.


Contoh penurunan yang diberikan ialah untuk kenderaan Kelas 1 (kereta), jumlah tol dari Plaza Tol UPM ke Plaza Tol Sungai Besi akan diturunkan dari RM1.60 kepada RM0.80.

Dari apa yang Careta fahami, Jajaran Lebuhraya Metramac bermula dari Plaza Tol Sungai Besi sehingga ke persimpangan berhampiran Desa Waterpark.

Kawasan itu sebenarnya sebuah lebuhraya dan kutipan tol sebanyak RM0.80 untuk Metramac dilakukan oleh pihak PLUS di Plaza Tol Sungai Besi.

Sebanyak hampir 130,000 buah kenderaan yang menggunakan Plaza Tol Sungai Besi itu setiap hari.

Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan kadar kutipan tol yang baharu menerusi laman web di www.plus.com.my atau aplikasi PLUS Mobile App