Kemaskini perisian Polestar kini membolehkan Volvo anda lebih cenderung untuk menggelongsor

oleh Mohamad Hanif|
Nama Volvo lebih dikenali sebagai kereta yang selamat dan selesa jika dibandingkan dengan rakan-rakan pesaing di dalam segmen mewah, membuatkan pengendalian kenderaan tersebut tidaklah setajam reka bentuk luaran yang kini lebih seksi berbanding zaman Volvo guru besar sekolah rendah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, divisyen prestasi milik Volvo, iaitu Polestar kini mendatangkan kemas kini pada kenderaan AWD Volvo yang membolehkan pembahagian daya kilas kenderaan dicenderungkan kepada roda belakang - termasuklah SUV XC40.
 


Tetapan itu boleh diakses menerusi penukaran mod pemanduan kepada Dynamic atau menutup fungsi kawalan kestabilan kenderaan (ESC). 

Polestar bukan sahaja mengubah tetapan pembahagian daya kilas semata-mata, malah mereka juga turut menambah baik kadar respon throttle dan juga penukaran nisbah gear, terutama ketika sedang meratah selekoh. 

Kemas kini terbaharu ini bakal hadir pada kesemua siri 40, 60 dan 90 Volvo termasuklah SUV (kecuali varian hibrid) secara berperingkat bermula pada bulan ini, tidak diketahui bila Malaysia akan menerima kemas kini yang serupa. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kesan daripada pendekatan tersebut, kebanyakannya kini mempunyai rekaan yang tidak konvensional,…
Berita Global
Untuk itu, syarikat pengeluar EV di bawah naungan Geely itu akan menyewa fasiliti pengeluaran…
Berita Global
  Reka bentuk tanpa cermin belakang! Polestar 4 membawa pengaruh reka bentuk kereta konsep …