Kemaskini harga jualan Toyota Hilux 2020 - bermula dari RM92,880

oleh Mohamad Hanif|
Pihak UMW Toyota Malaysia telah pun mengemaskini senarai harga jualan bagi trak pikap Toyota Hilux 2020 facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Modenas

Terdapat dua bentuk badan dan lima varian utama ditawarkan iaitu:

Hilux Single Cab 2.4 (MT) - RM92,880
Hilux Double Cab 2.4G (MT) - RM111,880.00
Hilux Double Cab 2.4E (AT) - RM108,880.00
Hilux Double Cab 2.4V (AT) - RM133,880.00
Hilux Double Cab 2.8 Rogue (AT) - RM146,880.00

Berdasarkan senarai di atas, terdapat varian baharu iaitu Double Cab 2.4 E A/T, sementara varian Double Cab 2.8 Rouge A/T akan menggantikan Double Cab 2.8 Black Edition, manakala Double Cab 2.4 V A/T merupakan naik taraf kepada varian Double Cab 2.4 L-Edition.

Dua varian disediakan dalam transmisi manual, iaitu Double Cab 2.4 G dan Single Cab 2.4.
 


Versi paling berkuasa Toyota Hilux 2.8 Rogue membawakan nadi diesel 2.8 liter 1G-FTV yang telah dipertingkat, dengan angka output 204 PS dan daya kilas 500 Nm yang menjanjikan tahap penggunaan bahan api yang lebih baik.

Toyota turut mendatangkan beberapa penambahbaikan terhadap trenkuasa, termasuklah menggunakan pam bahan api dua peringkat, ciri penyejuk pra-EGR (Exhaust Gas Recirculation), serta sistem Variable Flow Control (VFC) pada stereng kuasa yang mampu mengurangkan beban pada pam stereng sekaligus meningkatkan penjimatan bahan api.

Hilux baharu ini juga hadir dengan ciri Limited Slip Differential (LSD), sistem kawalan cengkaman, serta kelengkapan keselamatan Toyota Safety Sense yang merangkumi sistem pra-pelanggaran, kawalan pelayaran radar dinamik, serta amaran penukaran lorong dengan Yaw Assist.

 


Harga jualan bagi varian 2.8 Rogue adalah RM144,880.00 namun ia tertakluk kepada tempahan awal dan terhad kepada model tahun 2020 sahaja.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Sejak daripada pandang kali pertama Hilux facelift dilancarkan di peringkat global, hati penulis…
Berita Global
Manakan tidaknya, enjin diesel asal 2.8 liter itu telah diberikan naiktaraf menjadikan angka output…
Berita Global
  Dari segi sejarah, Hilux pertama kali ditampilkan pada Mac 1968 sebagai sebuah pikap baharu…