Kemaskini Google Maps kini paparkan lokasi stesen pengecasan EV

oleh Mohamad Hanif|
Nisbah bilangan kereta elektrik (EV) dan plug in hybrid (PHEV) masih lagi kecil jika dibandingkan dengan kenderaan berenjinkan pembakaran dalaman, dan ia juga turut memberikan kesan kepada bilangan stesen pengecasan EV/PHEV yang tidak banyak didapati dan meluas seperti stesen minyak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Google nampaknya mengambil langkah terkini dengan memperkenalkan kemas kini pada aplikasi pemetaaan Google Maps mereka dengan ciri yang memperlihatkan lokasi stesen pengecasan bagi EV apabila para pengguna menaip frasa seperti "EV Station" atau "electric vehicle chargers".

Hasil jawapan yang diberikan akan menunjukkan beberapa lokasi stesen pengecasan yang ditandakan dengan ikon kecil pengecas EV pada aplikasi Google Maps tersebut. 

 


Sekiranya para pengguna mengklik salah satu ikon yang tertera, aplikasi tersebut akan memaparkan jenis pengecas yang digunakan serta bilangan slot pengecas yang wujud pada stesen pengecasan EV tersebut.

Buat masa kini, Google Maps hanya memaparkan keputusan carian untuk beberapa syarikat utama seperti:

  • Tesla
  • Chargepoint
  • SemaConnect (US)
  • EVgo (US)
  • Blink (US)
  • Chargemaster (UK)
  • Pod Point (UK)
  • Chargefox (Australia dan New Zealand)

Seperti mana lokasi popular yang terdapat di dalam Google Maps, para pengguna juga dapat memberikan markah kepuasan (rating) dan memberikan komen terhadap fasiliti pengecasan yang mereka gunakan sebagai panduan kepada para pengguna yang lain. 
 


Kemaskini tersebut telah didatangkan pada aplikasi Android dan iOS, manakala kemaskini pemetaan versi dekstop pula akan hadir dalam masa beberapa minggu lagi. 

Berita Berkenaan

Informasi
Ditempatkan dengan strategik di parkir aras bawah tanah The Exchange TRX, kemudahan pengecas EV…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…