Aplikasi mudah itu sebelum ini membolehkan para pemilik Mitsubishi menempah slot servis, mendapat peringatan temujanji servis serta menyemak sejarah servis kenderaan mereka.
Kemaskini terbaharu itu menambah beberapa ciri menarik seperti menyemak status servis kenderaan yang diservis dari rumah sebelum mereka boleh mengambil kembali kenderaan mereka dari pusat servis.

Selain daripada itu, aplikasi itu juga turut menyediakan anggaran kos servis yang perlu dibayar oleh pemilik, butiran waranti, selain mendapatkan peringatan berkenaan pembaharuan insurans dan juga cukai jalan kenderaan.
Para pemilik kereta Mitsubishi juga boleh mendapatkan perkhidmatan bantuan tepi jalan dengan menggunakan ciri SOS Trace & Track, di mana kenderaan mereka akan ditentukan kedudukannya menerusi bantuan GPS sebelum bantuan dihantar oleh Mitsubishi Motors.

Menurut Tomoyuki Shinnishi, CEO MMM menjelaskan, "dengan penambahbaikan yang dibuat pada aplikasi mudah alih MITSUBISHI CONNECT MY, kami mahu memastikan para pelanggan kami dapat menikmati pengalaman pemilikan yang lebih lancar.
Aplikasi MITSUBISHI CONNECT MY boleh dimuat turun menerusi kedai aplikasi Google Play Store dan Apple App Store secara percuma.