Kemaskini 1.34 Gran Turismo 7 tawarkan Alfa Romeo klasik, Ford Maverick dan Nissan GT-R NISMO (R32)

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Permainan video simulasi perlumbaan wajib dicuba oleh peminat kereta, Gran Turismo 7 kini hadir dengan kemaskini 1.34 bersama tiga kereta baharu serta dua lokasi penggambaran baharu di National Stadium, Jepun dan The Lake District, UK.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tiga kereta baharu yang kini didatangkan pada GT7 ialah Alfa Romeo Giulia Sprint GT Veloce '67, Greening Auto Company Maverick dan Nissan GT-R NISMO (R32) '90.

Bagi peminat model kereta klasik, Alfa Romeo Giulia Sprint GT Veloce '67 pastinya menjadi pilihan untuk anda merasainya di alam maya.

 

2

 

Di dunia nyata, ia dikuasakan oleh enjin 1.6 liter 4 silinder sebaris 107 HP, antara kereta sport yang mengiurkan dan berkuasa pada zamannya.

Kereta kedua yang dibawakan ialah sebuah Ford Maverick 1971 dengan modifikasi berat, iaitu Greening Auto Company Maverick.

Maverick dengan modifikasi berat itu dikuasakan enjin 351 Windsor yang dipadankan bersama transmisi Bowler 4L80E, menghasilkan 1,100 HP dan 1356 Nm!

 

4

 

Manakala kereta ketiga yang dibawakan sudah tidak asing lagi, iaitu Nissan GT-R NISMO (R32) '90, sebuah jentera JDM yang menjadi kegilaan ramai tidak mengira usia tua atau muda.

Secara standard dari kilang, Nissan GT-R NISMO (R32) '90 dikuasakan enjin lagenda RB26DETT 2.6 liter turbo berkembar yang menghasilkan 276 HP dan 354 Nm.

Ia merupakan model homologasi Nissan Skyline GT-R (R32) yang dibina oleh jurutera Nismo untuk Perlumbaan Kumpulan A, dan hanya 560 unit kereta ini wujud (500 model jalanan, dan 60 model perlumbaan).

 

5

 

Antara tambahan lain pada kemaskini 1.34 ialah dua menu tambahan untuk ditambahkan ke ciri Café, iaitu SEMA Gran Turismo Award dan Group A.

Salah satu kemaskini menarik ialah ciri "Engine Swap" pada GT Auto, ia akan tersedia di Collector Level 50.

 

6

 

Pada kereta yang layak, perkhidmatan ini membolehkan pengguna membeli dan melengkapkan enjin baharu daripada kereta yang berbeza.

Tambahan terakhir ialah kategori "Ultimate" baharu dalam Tuning Shop, juga tersedia di Collector Level 50, ia menambah lebih banyak pilihan penalaan serta beberapa bahagian alat ganti yang rare.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, Gran Turismo menyediakan kemaskini 1.43 yang sedia untuk dimuat turun, menampilkan tiga…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Global
Berbeza dengan versi yang diperlihatkan di Japan Mobility Show tahun lepas, Afeela EV membawakan…