Kemalangan pertama dilaporkan di WCE, dua hari selepas pembukaan rasmi

oleh Mohamad Hanif|

Baru dua hari Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) beroperasi dan dibuka kepada pengguna, sudah ada kemalangan berlaku membabitkan sebuah kereta, malam tadi.

Kemalangan sekitar jam 10.30 malam itu berlaku di KM158.3 membabitkan sebuah kereta dinaiki seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati, kereta yang dalam perjalanan dari arah Teluk Intan ke Sabak Bernam terbabit hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar besi penghadang di sebelah kiri jalan.

"Nahas hanya menyebabkan kerosakan pada kenderaan iaitu di bahagian hadapan dan kiri pintu hadapan.

"Pemandu pula tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima…
Berita Domestik
"Siasatan mendapati kereta Honda City dipandu lelaki berusia 24 tahun, hilang kawalan dan terbabas…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Heryan Mohd Tahir berkata, kemalangan melibatkan motosikal…