Kemalangan pertama di SUKE - penunggang motosikal terlanggar Myvi berhenti ambil gambar

oleh Mohamad Hanif|
Sumber gambar: Sinar Harian
Akhbar Sinar Harian melaporkan kes kemalangan pertama yang berlaku di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang membabitkan dua kenderaan pada Ahad lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asistem Komisioner Mohamad Farouk Eshak, "siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu lelaki tempatan telah berhenti di lorong kecemasan Lebuhraya SUKE dari arah Tol Bukit Teratai menghala Kuala Lumpur dengan tujuan untuk mengambil gambar.

"Kemudian datang motosikal jenis Suzuki dari arah belakang sebelum melanggar kereta terbabit," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, penunggang motosikal itu mengalami kecederaan di bahagian kaki dan mendapat rawatan di Hospital Ampang.

"Kes disiasat di bawah Kaedah 16 LN 166/59 iaitu halangan sehingga menyebabkan kemalangan," ujar beliau.

Ini merupakan kes kemalangan yang pertama berlaku di Lebuhraya SUKE sejak dibuka pada 16 September yang lalu.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berhenti sewenang-wenangnya di lorong kecemasan sekiranya tiada sebarang kecemasan atau keperluan.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tempoh kadar percuma itu ditawarkan serentak pada tarikh pembukaannya pada 12.01 am, 16 Jun hingga…
Berita Domestik
Fasa 2 SUKE melibatkan baki jajaran utama sepanjang 7.8 km bermula dari Sri Petaling, Lebuhraya…
Berita Domestik
Laluan sepanjang 24.4 km itu bakal melengkapkan jajaran utama Lebuhraya SUKE yang bermula dari Sri…