Kemalangan ngeri - Ambulans terbabas dan rempuh plaza tol, empat maut (video di bawah)

oleh SALINA JALIL|
Empat individu termasuk pesakit maut dalam satu kemalangan membabitkan ambulans yang terlanggar laluan di sebuah plaza tol di India, baru-baru ini.


Polis mengesahkan kejadian itu berlaku di Karnataka Uttara Kannada dekat Bhatkal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, ambulans terbabit membawa pesakit itu dari bandar Honnavar ke Kundapur.

 

"Kemalangan itu berpunca apabila pemandu itu hilang kawalan sebaik tiba di plaza tol dan melanggar sebuah lubang sebelum kenderaan itu berpusing.

 

"Pondok tol itu turut mengalami kerosakan akibat kemalangan itu manakala kakitangan plaza tol itu cedera dan dirawat di hospital.

 

Seorang daripada individu dalam ambulans itu dilaporkan meninggal dunia di hospital akibat parah.

 

Kesemua mereka yang maut masih belum dikenal pasti.

 

Dalam pada itu, visual kemalangan yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial dan meraih pelbagai reaksi netizen.

Memetik portal Gulf News, isteri kepada pesakit itu juga meninggal dunia dalam kemalangan terbabit.

 

Video di bawah ini:

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, ia bagi mengetahui…