Kemalangan maut tiga kenderaan, pemandu treler ditahan polis

oleh Penyumbang Rencana|
Pemandu treler yang terbabit dalam nahas tiga kenderaan mengorbankan satu nyawa manakala dua lagi cedera parah di kilometer (KM) 69.5 Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Machap kira-kira jam 7.30 pagi Jumaat sudah ditahan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Husin berkata, lelaki tempatan berusia 40 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori treler membawa muatan kontena berisi baja dari kilang menuju ke Johor Bahru hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan serta kontena terbalik.

"Sebuah motosikal Jenis Yamaha jenis MT09 dan kereta Honda Civic dari arah selatan ke utara dipercayai melanggar bahagian belakang lori dan kontena berkenaan kerana tidak sempat mengelak," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

penunggang motosikal berusia 33 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala manakala, pemandu Honda Civic dan isterinya berusia 25 dan 26 tahun mengalami kecederaan di kepala, kaki serta badan namun anak lelaki mereka berusia setahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

- menjadi-jadi kes kemalangan maut yang membabitkan lori dan treler! -

Bacaan sepenuhnya di Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya, terbaharu, polis menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam empat kes kecurian…
Berita Domestik
Menurutnya, polis turut menerima laporan daripada mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 56 tahun…
Berita Domestik
Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika mangsa, lelaki tempatan…