Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata ketika kejadian, bapa saudara mangsa sedang mengundurkan lori di sebelah rumahnya.
Katanya, semasa lori berkenaan bergerak, tayar belakang sebelah kiri lori berkenaan tersangkut, sebelum mendapati anak saudaranya berada di bahagian tayar berkenaan.
"Bapa saudara mangsa kemudian membawa mangsa ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan.
"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh petugas hospital," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, mangsa dan bapa saudaranya tinggal serumah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Salam takziah kepada ahli keluarga yang terlibat. Peringatan kepada pemandu-pemandu di luar sana tanpa mengira apa sahaja kenderaan yang dipandu/ditunggang, mohon berikan perhatian sepenuhnya kepada keadaan sekeliling terutama di kawasan parkir rumah sendiri, taman perumahan dan sekolah.
Semoga kita sentiasa di bawah pelindunganNya sentiasa. Aamiiin.