Kemalangan maut Proton Preve rempuh 6 motosikal: Pemandu ada 37 rekod jenayah

oleh SALINA JALIL|
Pemandu kereta Proton Preve yang terlibat dalam kemalangan menyebabkan tiga maut di Sitiawan pada 21 Ogos lalu didapati memiliki 37 rekod kesalahan lampau.


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, semakan pihaknya mendapati, suspek berusia 38 tahun itu memiliki 18 rekod kesalahan berkaitan dadah dan 19 rekod jenayah.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

“Suspek yang direman tujuh hari berakhir hari ini disambung reman tujuh hari lagi sehingga 6 September depan,” katanya ketika dihubungi.

 

Lelaki itu sebelum ini direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan polis menyiasat lanjut kes kemalangan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Dia juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas saringan air kencingnya mendapati dia positif dadah jenis methampetamine atau syabu.

 

Dalam kejadian di Kilometer 4 Jalan Sitiawan-Kampung Acheh kira-kira pukul 5.30 petang itu, sebuah kereta Proton Preve dinaiki tiga orang dari Lekir menghala ke Kampung Acheh terbabas ke laluan bertentangan.

 

Kereta itu kemudian merempuh enam motosikal ditunggang dan dibonceng pekerja kilang Sapura Energy dari arah Kampung Acheh menuju ke Sitiawan.

 

 

 

K!Online

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Terdapat undang-undang sedia ada, apa pun denda yang dibenarkan di bawah undang-undang semasa,…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kereta jenis Nissan Sentra dalam keadaan merbahaya hingga…
Berita Domestik
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kedua-duanya dari arah rumah menghala ke masjid bagi…