Kemalangan maut: Proton Iswara masuki laluan Iriz, tiga maut di Jalan Titi Batu

oleh SALINA JALIL|
Polis mengesahkan tiga maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Titi Batu berdekatan Kampung Titi Batu, Batu 18, di Yan, petang semalam.


Dalam kejadian jam 4.30 petang, penumpang hadapan Proton Iriz dikenali sebagai Mohamad Yussof Rosli, 31, meninggal dunia di tempat kejadian.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

 

Manakala dua lagi mangsa iaitu pemandu kereta Proton Iswara, Muhammad Azman Gul Khalid, 17, dan penumpang hadapan kereta terbabit, Nurul Nabilah Asmadi, 18, meninggal di Hospital Yan.

 

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata dalam kemalangan itu, Proton Iriz terbabit dalam perjalanan dari Batu 18 menghala ke Titi Batu.

 

"Apabila sampai di tempat kejadian, Proton Iswara yang datang dari arah hadapan dipercayai memasuki laluan Proton Iriz.

 

"Akibat jarak terlalu dekat pemandu Proton Iriz tidak sempat membrek dan mengelak lalu berlanggar dengan Proton Iswara berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Shahnaz berkata, kemalangan turut mengakibatkan pemandu Proton Iriz mengalami patah kaki, manakala dua penumpang belakang Proton Iswara cedera ringan.

 

Katanya, kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.

 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

 

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit dengan seorang daripadanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

 

 

maut

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly…
Berita Domestik
Siasatan mendapati kemalangan itu yang membabitkan kereta Perodua Myvi itu berlaku pada jam 4.55…
Berita Global
Dalam perlumbaan Gran Prix Monza hujung minggu lepas, Leclerc berjaya memperoleh kemenangan…