Kemalangan maut - Pemandu sebabkan 3 pelajar UiTM maut layak dibicarakan, akan didakwa

oleh Penyumbang Rencana|
foto kemalangan 9 Oktober 2024/foto pemandu, Norizan Ismail, masalah mental
Seorang wanita, Norizan Ismail, 50 tahun, yang dilaporkan menjadi punca kemalangan hingga menyebabkan kematian tiga pelajar Uiversiti Teknologi Mara (UITM) Dungun, Terengganu, layak dibicarakan dan memberi pengakuan.

Majistret Nur Amira Fatihah Osman menetap 20 Februari depan sebagai tarikh izin dakwa, sebelum pendakwaan dibuat Mahkamah Tinggi.

Mahkamah membuat ketetapan itu selepas pengurusan kes bagi laporan psikiatri terhadap tertuduh selesai.

Sebelum ini tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Akmal Md Tukirin, 25 tahun, Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anuar Jamaluddin, masing-masing berusia 20 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 9 Oktober lalu di Jalan Pantai berhadapan Universiti Teknologi Mara, Dungun, jam 7.35 malam.

Pertuduhan dilakukan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dijuga dihukum sebat, tidak kurang 12 sebatan.

Dalam kejadian 9 Oktober lalu, wanita berkenaan yang memandu kenderaan SUV merempuh dua motosikal dinaiki empat pelajar yang dalam perjalanan pulang ke kampus.

Ku Adib Aizad Ku Azmi, Khairil Anwar Jamaludin, dan Muhammad Akmal Md Tukirin, disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa Muhammad Ammar Danish Mohd Ridhuan, 20 tahun, cedera.

BuletinTV3

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, ketika itu lampu beacon dan lampu kecemasan pada MPV polis telah dipasang bagi…
Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, lelaki warga emas itu sebagai pemandu didakwa memandu kenderaan di jalan raya…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, kejadian itu tular di…