Kemalangan maut - Pemandu bas sekolah positif dadah, tiada lesen memandu

oleh Penyumbang Rencana|
foto UtusanBorneo
Pemandu bas sekolah yang terbabit kemalangan hingga mengakibatkan seorang remaja 19 tahun maut di Batu 3, Jalan Tawau-Kalabakan, pada Isnin, didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, hasil ujian mendapati lelaki berumur 37 tahun itu berada di bawah pengaruh dadah.

Kejadian berlaku pada jam 1.45 petang, penunggang motosikal berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia selepas terperosok di bawah bas sekolah berkenaan.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bacaan selanjutnya di UtusanBorneo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Selain peluasan kategori, kita juga akan terus melakukan pemeriksaan secara berkala terhadap bas-…
Berita Domestik
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, pemeriksaan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa…
Berita Domestik
Biarpun siasatan menyeluruh sedang dilakukan menerusi pasukan petugas khas yang baru ditubuhkan,…