Kemalangan maut: Pelajar sekolah rempuh penunggang motosikal

oleh SALINA JALIL|
Gambar ihsan dari Polis
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di Kilometer 62.8 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat Tapah, petang tadi.


Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa, A Erriah, 66, yang menunggang Honda EX5 cedera parah dan maut di tempat kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pemandu Perodua Viva yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Kuning, Nor Shafiqah Wagimin, 17, patah tangan manakala rakannya, Hasni Yatul Sharmiza Shafie, 18, hanya cedera ringan.

 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian kereta terbabit dalam perjalanan ke arah Ipoh.

 

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, kereta itu hilang kawalan lalu melanggar dan mengheret mangsa sehingga ke besi penghadang di kiri laluan.

 

"Akibat pelanggaran itu, mangsa bersama motosikal tersangkut di besi penghadang jalan," katanya dalam satu kenyataan. Wan Azharuddin berkata, mangsa yang berkerja sendiri cedera parah serta meninggal dunia di tempat kejadian.

 

Katanya, pemandu kereta patah tangan dan penumpang yang berkerja sebagai operator kilang hanya cedera ringan. Beliau berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk tindakan selanjutnya.

 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang…
Berita Domestik
Mangsa Mohammad Khairul Basahri, 18, meninggal dunia kira-kira pukul 12.37 pagi ketika menerima…