Kemalangan maut - Myvi dipandu laju, cuai dan tiada lesen memandu

oleh SALINA JALIL|
Kemalangan maut melibatkan dua kenderaan termasuk jentolak sehingga mengorbankan seorang remaja perempuan di Jalan Telok Gong berhampiran Masjid Jamek di Klang dipercayai akibat kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memasuki laluan jentera berat tersebut.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, semasa kejadian Perodua Myvi yang dinaiki tiga individu termasuk dua beradik itu dalam perjalanan dari arah Pandamaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketiga-tiga mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barangan keperluan di kedai.

 

“Kereta dipandu remaja lelaki berusia 19 tahun itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar jentolak.

 

“Akibatnya, penumpang hadapan Perodua Myvi dikenali Nurshaniza Alaudin, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi lewat semalam.

 

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.

 

Dua lagi mangsa iaitu pemandu dan adik perempuannya berusia 15 tahun dihantar hospital sama untuk rawatan lanjut.

 

“Siasatan awal mendapati pemandu kereta tidak mempunyai lesen memandu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987,” jelasnya.

 

 

-K! ONLINE.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Akibat pergeseran itu, motosikal yang dinaiki mereka bertiga hilang kawalan dan terbabas,…
Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang…