Kemalangan maut di tapak projek SUKE, Jalan Alam Damai

oleh HEZERI SAMSURI|
Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd., pemaju bagi projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) ingin mengesahkan kejadian kemalangan di tapak pembinaan SUKE awal pagi tadi. 

Kejadian tersebut disyakki berlaku dalam jam 8.30 pagi ketika ramai sedang sibuk hendak pergi bekerja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Siasatan awal SUKE mendapati tiga pekerja warga China meninggal dunia sementara pemandu kenderaan yang dihempap itu cedera.

Kejadian berlaku apabila satu komponen kren gantri terjatuh. Punca kemalangan masih disiasat.

Susulan kejadian itu, pasukan ‘Emergency Response Team’ SUKE bersama anggota bomba telah menutup laluan trafik di kedua-dua hala dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan.

Untuk mendapatkan maklumat terkini atau menghantar maklumbalas, sila berhubung dengan saluran komunikasi SUKE seperti berikut:

Telefon hotline : 1 300 88 9922 
Facebook : PROLINTAS Highways 
Twitter : @mySUKEofficial
Emel : [email protected]
Laman web : www.mysuke.com.my

* Gambar-gambar dari media sosial

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Persimpangan yang dibina secara bertingkat sepanjang 1.5 kilometer itu bakal menyediakan akses…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata suspek merupakan…
Berita Domestik
Bayaran tol yang dikenakan untuk setiap plaza tol Ampang dan Bukit Teratai adalah seperti berikut: