Kemalangan maut akibat ubahsuai Y15ZR - Polis Pahang

oleh Mohamad Hanif|
Polis Pahang menerusi satu hantaran di Facebook semalam memaklumkan satu kemalangan maut berlakudi KM 42 Jalan Bera-Mayam melibatkan penunggang seorang ibu tunggal yang menunggang sebuah Yamaha Y15ZR.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut sisatan awal, penunggang sedang dari arah Felda Purun menuju ke Simpang Bukit Kepayang Bera, apabila T Fork hadapan motosikal tersebut tiba-tiba patah menyebabkan motosikal yang ditunggang hilang kawalan.

Penunggang mendapat kecederaan serius di bahagian muka dan kepala, dan dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut kenyataan Polis Pahang, kemalangan berlaku disebabkan ubahsuai  terhadap fork hadapan kepada bahan aluminium yang mudah patah.

Siasaran diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam masa yang sama, Supt Kamarulzaman bin Hj Jusoh, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Pahang menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan ubahsuai sedemikian kerana ia mampu mengundang kecelakaan dan kesalahan di bawah Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan iaitu mengubah suai struktrur kenderaan - Rule 94 LN 170/1959.

Sabit kesalahan, mereka akan dikenakan tindakan kompaun tidak melebihi RM3,000.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…