Kemalangan lumba haram 320 kmsj: Pemandu BMW M3 masih tersenyum walaupun kedua kaki dipotong

oleh HEZERI SAMSURI|
Video tular yang menunjukan kemalangan sebuah BMW M3 ketika dipandu selaju 320 kmsj menyebabkan pemandu kenderaan itu hilang kedua-dua kakinya.

Pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian di lebuhraya N1 di bandar Cape Town, Afrika Selatan berkata Taufiq Carr, 26 tahun, mengalami kecederaan serius di kepala dan kaki.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Kedua-dua kakinya terpaksa dipotong selepas di hantar ke hospital.

Penumpang berusia 24 tahun yang ada bersama Taufiq hanya mengalami calar di jarinya.

 

 

Video tular itu menunjukan BMW yang dipandu Taufiq berada di sebelah sebuah lagi BMW berwarna putih. 

Sebuah superbike kemudiannya memotong kedua-dua kenderaan tersebut dan beberapa saat kemudian video tersebut mula bergegar akibat kereta Taufiq yang melanggar pembahagi jalan.

Pihak berkuasa tempatan berkata beberapa malam selepas kemalangan tersebut, geng kereta dan motosikal sudah kembali untuk berlumba di situ.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut kertas pertuduhan lelaki itu didakwa memandu kereta BMW 530i dibawah pengaruh alkohol…
Berita Global
  Angka 46 sekali lagi diraikan di mana hanya 46 unit akan dihasilkan di kilang BMW Group Plant…
Berita Domestik
Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara…