“Kita perlu lihat apakah berat muatan yang dibawa lori berkenaan, mengambil contoh insiden kemalangan lori di Tambak Johor baru-baru ini, siasatan mendapati memang lori berkenaan melebihi muatan. Kalau begitu memang brek rosak, itu antara contoh.
“Pemeriksaan satu perkara, tetapi selepas pemeriksaan apakah mereka kerap membawa muatan melebihi had, apabila lalu lereng bukit sudah tentu cengkaman brek akan menjadi berlainan dengan terdapat momentum dan tarikan graviti yang akan menyebabkan impak pelanggaran yang lebih besar,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Ikrar Angkat Sumpah Ketua Masyarakat Cina Negeri Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun memandang serius isu tersebut dan mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) setrta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan dengan lebih tegas.
Baru-baru ini, kemalangan membabitkan kenderaan perdagangan khususnya lori kerap dilaporkan berlaku dengan antara punca kejadian dikenal pasti akibat masalah teknikal, khususnya melibatkan sistem brek dan muatan berlebihan.
– UTUSAN