Kemalangan Formula Three - pelumba muda Jerman alami patah tulang belakang

oleh Mohamad Hanif|
Kemalangan ngeri ketika perlumbaan Formula Three Macau Grand Prix telah mengakibatkan pelumba muda Sophia Floersch, 17 tahun mengalami patah tulang belakang selepas beliau hilang kawalan terhadap jentera lumbanya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam sedutan rakaman yang dikongsikan ke laman media sosial, jentera pasukan Van Amersfoort Racing itu dilihat 'terbang' sebelum melanggar tembok penghadang dan khemah media. 
 

 


Menerusi kemas kini yang dibuat pada akaun rasmi Twitter beliau (@SophiaFloersch), beliau berterima kasih kepada semua orang atas sokongan yang diberikan dan akan menjalani pembedahan pada esok hari. 
 

 


Dalam satu laporan perubatan yang dikeluarkan oleh pasukan Van Amersfoort Racing, Floersch disahkan masih berada dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan pada tulang belakang. 

Laporan tersebut turut mengesahkan Floersch tidak sesuai untuk meneruskan perlumbaan.