Kemalangan elak bas, Prasarana mahu ganti motosikal baharu buat rider GrabFood

oleh Mohamad Hanif|
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berhasrat untuk membantu seorang penghantar makanan GrabFood yang terlibat dalam kemalangan dengan bas milik syarikat itu, GoKL, dengan menderma sebuah motosikal baharu.

Prasarana dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kemalangan yang tular di media sosial itu berlaku pada Selasa, pukul 2 petang di persimpangan Jalan Raja Chulan di sini.

“Prasarana memohon maaf kepada penghantar makanan GrabFood tersebut dan memohon beliau tampil dan menghubungi Ketua Unit Komunikasi Rapid Bus, Hazimin Sulaiman melalui WhatsApp di talian 016-6760297,” menurut kenyataan itu.

Prasarana turut menyatakan kapten bas berkenaan telah dikenal pasti dan tindakan susulan diambil ke atas beliau sementara menunggu keputusan siasatan pihak polis selepas laporan polis dibuat semalam.

“Semua kapten bas berkhidmat untuk Rapid Bus melalui program latihan yang komprehensif dan menjalani program latihan semula bagi memastikan mereka memberi tahap perkhidmatan yang baik dan selamat serta mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas. 

“Prasarana akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan," kata kenyataan itu.

Sumber: Bernama

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi fungsi Tapau ini, pengguna boleh memilih untuk membeli makanan, membuat pembayaran tanpa…
Berita Global
  Geran bernilai (USD) $7 juta diperkenalkan pada pertengahan bulan November oleh kerajaan…
Berita Domestik
Faktor kos dan jarak sering kali membataskan kita apabila timbul keinginan untuk menjamah hidangan…