Kemalangan dua kereta di Pekan, seorang maut, tujuh cedera

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM 37 Jalan Kuantan-Segamat, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kemalangan pada kira-kira pukul 8.15 malam itu mengakibatkan Nur Ezyyantie Aliakbar, 30, yang merupakan Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Temai, Pekan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kemalangan berlaku apabila sebuah Honda HR-V dinaiki empat sekeluarga dari Kuantan menuju ke Port Dickson, Negeri Sembilan, berlanggar dengan kereta Myvi dinaiki arwah bersama suami dan dua anaknya, yang dalam perjalanan dari arah Segamat ke Kuantan.

Siasatan awal mendapati ketika di tempat kejadian, HR-V berkenaan dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar Myvi terbabit.

Mohd Zaidi berkata suami Nur Ezyyantie dan dua anak perempuannya mengalami kecederaan parah, dan kesemua mereka, termasuk empat sekeluarga yang menaiki HRV yang tercedera dalam kejadian, kini dirawat Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat-

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pemeriksaan mendapati suspek memiliki lesen memandu yang sah. "Lelaki warga emas itu dibebaskan…
Berita Domestik
Kenyataan itu memaklumkan JKR akan terus memantau keadaan jalan di kawasan terlibat secara berkala…
Berita Domestik
"Saya berharap pihak polis menyelesaikan siasatan kes itu secepat mungkin, dan pemandu terbabit…