Kemalangan: Dua kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Pekan maut di lokasi

oleh HEZERI SAMSURI|
Dua kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan, Pahang maut dan tiga lagi cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 32, Jalan Pekan-Nenasi-Rompin pagi tadi.

Dua kakitangan tersebut ialah pemandu trak Toyota Hilux, Mohd Zuhairi Abdullah, 35 dan jururawat Julayha Kudus, 39 meninggal dunia di lokasi kerana kecederaan parah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penumpang hadapan, pegawai perubatan PKD Pekan, Muhd Ikhwan Ramlee, 29, cedera dan di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Dua lagi mangsa yang cedera, Azlida Mohamad Ramli, 41 dan anak perempuannya, Nur Mawaddah Mazuha, 5 menerima rawatan di Klinik Kesihatan Nenasi. Mereka berdua menaiki sebuah Perodua Myvi.

 


 

 

Ahmad Qardhawi Najmi Mazuha @ Nazuha, 12, penumpang Myvi itu dan pemandu lori tangki berusia 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 10.20 pagi itu membabitkan tiga buah kenderaan - sebuah lori tangki, Toyota Hilux dan Perodua Myvi.

Razli berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori tangki yang dalam perjalanan dari Rompin menghala ke Kuantan dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan Perodua Myvi dan Toyota Hilux.

Pemandu lori tersebut ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Allahyarham Zuhairi dan Julayha dalam perjalanan untuk melakukan tugas rutin pasukan bergerak Orang Asli (PBOA) PKD Pekan.

* Laporan penuh di Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pencapaian luar biasa ini menunjukkan komitmen dan dedikasi Mercedes-Benz Malaysia terhadap…
Model Terbaharu
Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku…
Berita Domestik
Sama seperti penawaran terdahulu, C-Class boleh didapati dalam dua varian utama, iaitu C 200…