Kemalangan di selekoh MEX berpunca daripada pemanduan lebih had laju - MEX

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lalu, salah seorang pengguna laman sosial Facebook telah memuatnaik beberapa keping imej yang memaparkan kemalangan yang berlaku di KM7 Lebuhraya MEX menghala Kuala Lumpur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa buah kenderaan yang melalui kawasan selekoh lebuhraya tersebut dilihat hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan pada seksyen yang dihadkan kepada 60 km/j itu.

Tinjauan pihak MEX yang turun padang untuk menyiasat perkara tersebut mendapati kebanyakan daripada kemalangan tersebut berpunca daripada pemanduan yang melebihi had laju yang telah ditetapkan.

Apatah lagi pada ketika itu jumlah trafik yang masih lagi berkurangan semasa tempoh PKP yang masih dilaksanakan pada ketika itu.

Kebanyakan kes kemalangan yang terjadi berlaku ketika waktu hujan di mana pemandu gagal mengawal kenderaan ketika melalui kawasan selekoh tersebut, berpunca daripada kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik, dan kegagalan tayar untuk mencengkam permukaan jalan dengan baik.

Dalam masa yang sama, pihak MEX akan mengambil beberapa langkah penambahbaikan seperti menambah bilangan papan tanda amaran serta mempertimbangkan pemasangan 'speed breaker' seperti rumble strip bagi memperlahankan kelajuan kenderaan sebelum memasuki kawasan selekoh tersebut.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Tiada info lain dikeluarkan pada masa ini tentang penangguhan tersebut.   Sekiranya pengguna…
Berita Domestik
  Perkongsian video yang tular di TikTok dari pengguna @nhm0312 jelas menunjukkan perbuatan…
Informasi
Diskaun tersebut bermula 12 tengah malam 30 Ogos  tadi sehingga 11.59 malam 31 Ogos ini.   MEX…