Kemalangan di KM 4.8 jalan turun Genting Highland libatkan sebuah van, 6 maut dan 8 cedera

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sebentar tadi bertempat di KM 4.8 jalan turun Genting Highland, satu kemalangan melibatkan sebuah van persiaran telah berlaku yang mengakibatkan 6 maut dan 9 cedera.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sumber dari hantaran Facebook Bomba & Penyelamat Negeri Pahang menyatakan bahawa sepasukan Bomba dari Bomba & Penyelamat Genting Highland dikejarkan ke lokasi kemalangan yang melibatkan sebuah van terbabas ke sisi jalan.

Komander Operasi PKPgB, Mohd Saufi Bin Zakaria berkata bahawa seramai 14 mangsa terlibat yang terdiri dari 12 orang wanita dewasa serta 2 orang lelaki dewasa menaiki van tersebut, 6 orang dilaporkan maut di lokasi kejadian.

Pasukan Bomba telah bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan Rescue Tools, mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pihak KKM untuk dibawa ke hospital.

Manakala mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…