Kemalangan di Gerik, permit operasi syarikat lori digantung buat sementara waktu

oleh Penyumbang Rencana|
Permit operasi sebuah syarikat lori akan digantung buat sementara waktu untuk audit berikutan kemalangan tragis yang melibatkan salah satu kenderaan mereka, menurut laporan terkini daripada Malaysiakini.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke di laman Facebook hari ini, ketika merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang mengalami kehilangan itu.

“Saya berasa amat simpati dengan keluarga mangsa kemalangan ini yang kehilangan bayi sulung mereka. Salam takziah kepada keluarga.

 


“Saya telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk mengambil tindakan segera terhadap pemandu dan syarikat tersebut.

“Permit operasi syarikat lori ini akan digantung sementara untuk audit ke atas semua lori mereka. Saya tidak akan berkompromi dengan pemandu dan syarikat yang membahayakan orang ramai di atas jalanraya,” katanya.

Kenyataan Loke adalah merujuk kepada laporan berita kemalangan yang berlaku di Gerik, Perak melibatkan sebuah lori dan beberapa buah kenderaan penumpang. 

Sumber: Malaysiakini

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kenyataan APAD, Kementerian Pengangkutan tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana…
Berita Domestik
Muhammad Izzatul Shafik Mozahari, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan…
Berita Domestik
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, kejadian berlaku kira-kira 10.20 pagi tadi di…