Kemalangan bukan sebab litar, Litar Permotoran Terengganu dibuka semula

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Selepas insiden yang meragut nyawa seorang peserta Battle of the Kings (BOTK) minggu lalu, kerajaan negeri Terengganu telah menghentikan semua aktiviti sukan permotoran di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus sejurus kemalangan berlaku.


Tetapi pada hari Jumaat, menurut laporan dari Berita Harian, kerajaan negeri telah mengesahkan penganjuran sukan permotoran di litar tersebut dibenarkan beroperasi serta merta.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Kebenaran untuk beroperasi semula adalah hasil pemeriksaan pakar dan laporan penuh yang telah diterima mendapati litar berkenaan selamat digunakan dengan memenuhi piawaian dan standard untuk penganjuran sukan permotoran termasuk perlumbaan drag menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.


Walaubagaimana pun terdapat syarat yang dibenarkan iaitu ianya hanya untuk perlumbaan dalam jarak 200 meter (m) sahaja dibenarkan setakat ini manakala jarak selebihnya akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa.


Menurutnya lagi bahawa beliau telah menerima laporan sepenuhnya daripada Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) berhubung kemalangan yang meragut nyawa seorang peserta dalam perlumbaan drag minggu lalu.


Wan Sukairi berkata,"Dalam laporan itu jelas mencatat kemalangan yang berlaku itu bukanlah disebabkan kerana litar berkenaan, tapi disebabkan kerana masalah teknikal yang berlaku pada jentera (kereta) itu sendiri yang menyebabkan berlakunya kemalangan yang meragut nyawa pemandunya.


Selain itu pihak MSNT juga turut memanggil Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) yang diwakili Wazi Abdul Hamid untuk membuat pemeriksaan lanjut di litar berkenaan, hasil laporan litar berkenaan berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.


Walaupun terdapat dakwaan yang mempertikaikan permukaan jalan di litar tersebut tetapi menurut Wan Sukairi dakwaan yang mengaitkan litar berkenaan beralun adalah tidak benar sebaliknya litar berkenaan adalah berada dalam keadaan baik dan memenuhi standard yang dibenarkan.


Minggu lalu seorang peserta BOTK, Muhammad Hafez Jamal Jamaluddin atau lebih dikenali Apeh Jamal meninggal dunia selepas kereta jenis Mitsubishi Evolution Lancer yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ketika ujian masa dalam perlumbaan itu.

 

 

Berita Harian