Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 12.10 tengah malam tadi yang membabitkan 10 motosikal yang kebanyakannya jenis Y15ZR dan Honda C100 serta Honda NF100.
Menurutnya, kesemua penunggang motosikal terbabit dalam perjalanan dari arah Gurun menghala ke Alor Setar.
"Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati lima motosikal sedang bergerak terus di kedudukan hadapan menghala ke Alor Setar.
"Namun sebaik sampai di tempat kejadian, motosikal Honda C100 yang ditunggangi pelajar terbabit yang datang dari arah belakang masuk di tengah antara lima motosikal itu sebelum bergesel dengan yang lain dan terjatuh.
"Kesan dari bergesel itu mengakibatkan enam motosikal terbabit terjatuh di lorong kiri dan kemudian datang empat motosikal dari arah belakang tidak sempat mengelak dan berlanggar satu sama lain sebelum terjatuh diatas jalan raya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
"Kesemua mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Pendang dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,," katanya.
Menurutnya lagi, kesemua 10 penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu berasal dari Pendang, Alor Setar dan Kubang Pasu.
Bagaimanapun katanya, mereka bergerak secara berasingan dan bukannya rakan.