Keluarga Schumacher mahu saman majalah kerana wawancara guna AI

oleh HEZERI SAMSURI|
Keluarga hero Formula Satu, Michael Schumacher bercadang untuk menyaman sebuah majalah Jerman kerana menerbitkan satu "wawancara" bersama pelumba tersebut yang sebenarnya dihasilkan sepenuhnya menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI).

Majalah tersebut, Die Aktuelle edisi 15 April 2023 memaparkan tajuk "Wawancara Pertama" dengan juara Formula Satu tujuh kali tersebut.

Namun begitu, artikel di dalam majalah itu kemudian menyebut wawancara itu sebenarnya dibuat berdasarkan AI. Editor majalah gossip itu juga dikatakan telah dipecat gara-gara artikel palsu itu.

 

 

 

Sebelum ini, isteri Schumacher, Corinna juga pernah menyaman majalah yang sama kerana tajuk artikel yang mengelirukan.

Artikel bertajuk "Cinta terkini membuatkan Corrina bahagia" sebenarnya adalah berkisar tentang anak perempuannya, Gina. Namun begitu, kes itu disingkirkan.

Michael Schumacher tidak kelihatan di khalayak ramai sejak tahun 2013 selepas beliau mengalami kecederaan otak akibat kemalangan ketika melakukan aktiviti luncur salji.

Keluarganya telah menyekat kebanyakan  berita atau publisiti berkaitan kehidupan Michael bagi mempertahankan hak kebersendiriannya diganggu.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Set ini dijangka menjadi antara model paling dinanti dalam siri LEGO Icons Formula 1,…
Berita Global
Kemenangan bersejarah itu menjadi titik permulaan kepada kejayaan luar biasa Schumacher yang…
Sukan Bermotor
Lelongan tersebut dikendalikan oleh Broad Arrow Auctions, dan dijangka menarik bidaan sehingga €8.5…