Keluar simpang secara tiba-tiba, empat beradik kemalangan, dua maut

oleh SALINA JALIL|
Dua remaja perempuan maut manakala dua lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki empat beradik terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kampung Bintang, di Permaisuri, Kuala Terengganu, petang Ahad (17 Mei).


Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata insiden yang berlaku pada pukul 3.00 petang itu mengakibatkan pemandu kereta Perodua Bezza Amirah Faqihah Azman, 18 tahun, serta adiknya yang berada di tempat duduk belakang sebelah kanan kereta, Aishah Asmaa, 14 tahun, tersepit dan maut di tempat nahas.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua adik-beradik lelaki mereka pula Aidil Wajdi, 17 tahun, serta Arif Muzammil, 16 tahun, cedera parah dan kini menerima rawatan di zon merah di Hospital Setiu.

 

“Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kenderaan yang dinaiki empat beradik itu secara tiba-tiba keluar simpang dari Kampung Bahagia dan pemandu treler dari arah Kota Bharu menghala ke Kuantan tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian sisi kanan kereta terbabit,” kata Encik Afandi.

 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu Zull Azman Jamaludin berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.00 petang dan seramai sembilan anggota bersama jentera, van Unit Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) serta kenderaan utiliti digerakkan ke lokasi kejadian.

 

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di bahagian pemandu dan bahagian belakang sisi kanan kenderaan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata Encik Zull. 
 

 

 

bezza accident

 

 

sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 1.38 tengah hari, dua beranak itu dikatakan tersepit di tempat duduk penumpang…
Berita Domestik
Mangsa Mohammad Khairul Basahri, 18, meninggal dunia kira-kira pukul 12.37 pagi ketika menerima…