Keliru dengan minyak pelincir tiruan? Ini identiti minyak pelincir tulen Shell

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sebelum ini pengguna dikejutkan dengan berita tentang sindiket minyak pelincir tiruan. Bukan setakat itu pengguna juga keliru dengan minyak yang dijual oleh pihak ketiga dalam platform e-dagang (e-commerce).

Sebelum fenomena pembelian di atas talian (online), minyak pelincir turut dijual secara terbuka di pasar raya besar. Tidak kurang juga kedai alat ganti kenderaan sendiri dibekalkan dengan minyak pelincir tiruan.

Minyak tiruan dikhuatiri mendatangkan mudarat disebabkan kandungan meragukan manakala minyak yang dijual oleh pihak ketiga pula tidak dapat ditentukan kesahihan atau sumbernya.

Ini adalah suatu yang tidak adil kepada pengguna kerana mereka mengharapkan minyak pelincir tulen dan sah dari pengeluarnya sendiri.

Di antara yang menjadi mangsa dalam situasi ini ialah beberapa jenama terkemuka global termasuk Shell.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi menjamin hak pengguna dan perniagaannya Shell bertindak aktif dalam memudahkan pelanggan setia dan pembeli mengenalpasti minyak pelincir tulen.

Tindakan yang dilakukan oleh Shell ini agak mudah dan praktikal untuk diamalkan oleh pengguna.

Berikut ialah kaedah dalam mengenalpasti minyak pelincir tulen Shell:

  1. Label ‘Untuk Pasaran Malaysia’

 

Shell Helix MY domestic.03

 

Minyak pelincir tulen mempunyai label di bahagian depan yang tertulis ‘Untuk Pasaran Malaysia’

Label ini dilekatkan pada bahagian kanan sebelah atas botol pelincir. Jika ini masih meragukan Shell telah bersiap sedia di mana label itu boleh ditanggalkan untuk pengguna mengetahui kod QR dibelakangnya bagi pengesahan ketulenan.

  1. Program jaminan SHARE dan SHEW

Ini adalah nilai tambah yang tidak boleh diperolehi dari minyak pelincir tiruan dan import dari luar negara.

Untuk layak dalam program Shell Advantage Rewards (SHARE) pengguna hanya perlu membeli atau menukar kepada minyak pelincir Shell Helix Ultra, High Mileage, HX7 atau HX5.

Di antara faedah yang diperolehi ialah Shell Helix Engine Warranty (SHEW) dengan jaminan sehingga 12 tahun atau 200,000 km untuk 15 komponen penting enjin kenderaan anda.

Pengguna juga layak untuk menerima promosi Shell dari semasa ke semasa.

Apabila anda melengkapkan  penukaran minyak Shell Helix Ultra 3 kali berturut-turut berdasarkan promosi percuma Produk Shell Helix Ultra atau penukaran minyak Shell Helix High Mileage/HX7 4 kali berturut-turut berdasarkan percuma Shell Helix High Mileage/HX7 di outlet SHARE yang menyertai dalam 2 tahun, anda boleh menebus percuma botol ke-4 Shell Helix Ultra dan botol ke-5 Shell Helix High Mileage/ HX7 di outlet yang menyertai SHARE dalam masa 6 bulan.

Maklumat lanjut tentang program SHARE boleh diperolehi dari pautan ini.

Satu lagi perkara menarik tentang pelincir tulen Shell ialah pengguna sebenarnya dapat membantu ekonomi negara apabila pelincir dibeli diadun di kilang minyak Shell yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Membeli minyak pelincir yang diragui ketulenan dan sumbernya bakal meletakkan pengguna kepada beberapa risiko.

Di antara risiko tersebut ialah pelincir yang tidak diketahui kualitinya dan paling merugikan apabila enjin mengalami kegagalan.

Berikut pula ialah langkah pencegahan bagi mengelak dari penipuan:

  1. Sentiasa berwaspada dengan tawaran murah

Shell adalah jenama dan mempunyai nilai tinggi, oleh itu ramai yang mengambil kesempatan. Jika terdapat tawaran minyak pelincir dengan harga yang tidak munasabah pasti ada sesuatu di sebaliknya.

Pastikan minyak pelincir yang dibeli adalah benar-benar tulen seperti yang dinyatakan di awal artikel ini.

  1. Dapatkan dari outlet dan sumber sah

Pastikan anda membeli dari sumber sah. Terdapat banyak outlet, bengkel bertauliah dan pengedar rasmi Shell di serata negara. Untuk senarai rasmi pengedar utama pelincir Shell, sila klik di sini.

Jika anda hendak membeli dari laman e-dagang, sila lawati Kedai Gedung Rasmi Shell (Official Shell Store) dalam laman tersebut. Setakat ini, Kedai Gedung Rasmi Shell beroperasi di laman Lazada, 11street dan Shopee.

  1. Servis di outlet rasmi dan sah

Apabila hendak melakukan penyelenggaraan kenderaan, pengguna boleh berkunjung ke  bengkel-bengkel jernama Shell Helix atau bengkel-bengkel rasmi yang menawarkan minyak tulen.

Dengan ini pengguna memperolehi ketenangan minda apabila mengetahui kenderaan diselenggara oleh outlet bertauliah selain menggunakan minyak pelincir yang tulen.

Jadilah pengguna bijak!

Melalui langkah-langkah serta tips yang diberikan ini diharapkan hak pengguna bagi mendapatkan kualiti setara dengan wang yang dilaburkan terjamin dan berbaloi.

Shell telah mengambil langkah ini bagi memastikan pengguna sentiasa menerima faedah daripada kualiti pelincir yang telah diadun agar kenderaan yang dimiliki selamat untuk digunakan dan pada masa sama menjamin hak anda sebagai pengguna!

Untuk maklumat lanjut mengenai bengkel-bengkel Shell Helix yang terdekat, sila layari www.shell.com.my/helix atau hubungi Talian Pelanggan Perkhidmatan Shell di 1300 88 1808.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan…
Berita Domestik
Kajian dan ujian yang dilakukan oleh Shell untuk formulasi terbaharu ini menjamin prestasi yang…
Pelancaran
Ia juga selari dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga sifar emisi menjelang tahun…